Webmail
| |
 
   
Home
Melayu Harus Kukuhkan Perpaduan Untuk Pertahan Hak Mereka Print E-mail
PENDANG, 7 Feb (Bernama) -- Bangsa Melayu seharusnya mengukuhkan perpaduan untuk mempertahankan hak mereka atau ditindas jika bertelagah sesama sendiri, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata perpaduan bangsa Melayu boleh dicapai melalui pengukuhan nilai-nilai kenegaraan, budaya dan pendirian mereka.

"Sebagai satu bangsa seagama, tiada sebab mereka tidak boleh bersatupadu," katanya berucap merasmikan program 'Sepakat Bestari 1Malaysia' peringkat daerah Pendang anjuran Jabatan Penerangan Kedah di Sekolah Kebangsaan (SK) Charok Kudong, di sini, Ahad.

Menurutnya program tersebut diperkenalkan kerana ia menyentuh jiwa rakyat selain nilai-nilai murninya dapat membantu memupuk perpaduan dan hala tuju bangsa Malaysia.

Pada majlis itu, Rais mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 bagi membina bilik guru SK Charok Kudong dan hadiah kepada pelajar sekolah itu yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Beliau turut menyumbang komputer kepada Komuniti Bestari Mukim Guar Kepayang dan SK Charok Kudong manakala isterinya Datin Seri Masnah Rais menyampaikan beg sekolah kepada 30 murid sekolah tersebut serta bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 seorang kepada 30 penerima.

-- BERNAMA

 

 
Main Menu:
 
Login to Intranet
Username:
Password:
 
  Remember me
  Lost Password?
Video Sidang Parlimen Video 60 Minit Bersama Menteri Video Isu-Isu Semasa Video Dialog@1 & Di Luar LingkunganVideo Blog Perspektif Baru
 
Calendar of Activities
SEPTEMBER 2010
SunMonTueWedThuFriSat
01020304
05060708091011
12131415161718
19202122232425
2627282930
 
INFOTAINMENT
Video
 Patriotic Songs Video
 BERNAMA TV
Patriotic Songs
Radio24
Prayer's Time
Kuala Lumpur
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
5:49
1:12
4:12
7:15
8:24
Khutbah On-Line JAKIM
 
Hits


Last Update : 
Monday, 14 September 2009

RSS MICC
RSS Latest News Latest News
RSS MICC Tenders MICC Tenders
 
 
 
 
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer
All Rights Reserved © 2008 Ministry Of Information, Communication & Culture.

Ministry Of Information, Communication & Culture :
Wisma TV, Angkasapuri, 50610 Kuala Lumpur, Malaysia

Best viewed using Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768